Tuesday, April 28, 2009

mari mari

kali ni entri dalam bahasa melayu. HAHAHA

jangan tanya kenapa. saja suka suka. sebab xde idea kot. jap idea tu perkataan melayu ke? HAHAHAHA.

ok. xde benda pun nak cakap sebenarnya. esok paper human resource. eh silap. sumber manusia. hahaha tak ke pelik bunyi nye? adoii. lantak pi la. hari tu soalan ekonomi pun dah tibai dalam bm. padahal blaja english. adoii silap lagi. bahasa inggeris. haha.

n berita panas terbaru, tak taw la kenapa kan sejak kebelakangan ni banyak sangat message berunsur lucah yang aku dapat. baik di myspace mahupun facebook. *ayat gila babi skema la* tak cukup orang malaysia, orang indo pun ajak aku selingkuh. y selingkuh y bapak bapak ibu ibu. haha. gila gila. dah la ada lelaki tua minat aku. lagi la gila. nak muntah weh ! kalau dia muka macam anuar zain ke azizan nin ke nak jugak aku layan. tua tapi handsome. eh eh kacak. ni muka adoiii macam datuk K tak nak aku ! *geliii*

oh ye, peperiksaan akhir (final exam) *bapak skema* memang susah gila lah. dah la tak cukup study. ok tu memang salah sendiri la kan, tapi soalan nye tak nak kalah susahnya. subjek pemasaran (marketing) bayangkan 8 esei dalam masa 2 jam je. gila betul pensyarah UM ni. iskan cakap sebab duit diorg buat camtu tak pun kualiti. tapi beragak la kualiti sampai nak bagi aku mampos. lama lama tukar course hairstyling gak aku. *hairstyling dalam bm ape weh?

ok lah tu je kot entri kali ni. lepas ni maybe semua entri dalam bm kot. hahaha tunggu dan lihat je la. :P

i prefer rojak actually :P

0 comments: